Selamat Datang Ke Buta IT
Posted by Buta IT | Posted in Berita BIT, Featured Articles | Posted on 13-06-2009
5
Blog Buta IT Sudah Dilancarkan!
Selamat Datang kepada anda semua yang mengunjungi Blog Buta IT ini.
Blog ini sudah dilancarkan terlebih dahulu daripada Website utama kerana terdapat beberapa faktor yang disengajakan. Mengapa? Kerana akan ada pada hari yang tertentu Buta-IT.com (BIT)akan dirasmikan secara besar-besaran (anda dijemput!!)
BUTA IT??
Apakah itu Buta IT? Peranan Buta IT di dalam masyarakat Internet Malaysia adalah untuk memupuk pembelajaran dan menambah Ilmu serta pengalaman di dalam bidang Teknologi Maklumat. Memandangkan Malaysia dan seluruh dunia sudah memasuki zaman yang dipanggil “Information Age“
Mengapa Buta IT dilahirkan?
Tahukah anda bahawa masih ramai lagi yang hanya tahu serba sedikit sahaja tentang Internet mahupun komputer / laptop dan ini merupakan perkara yang serius kerana pada bila-bila masa sahaja mereka akan mudah ditipu, mahu dari Internet atau di dunia yang nyata.
Peranan Buta IT
Peranan Buta IT atau BIT adalah untuk memberi bantuan berkenaan dengan komputer, Internet, Virus, dan apa sahaja yang dapat membekalkan Ilmu yang baik buat semua. Bukan itu sahaja, di waktu akan datang, BIT akan memperluaskan lagi tentang topik-topik yang lain. Di samping itu, terdapat juga pertandingan-pertandingan yang bakal diadakan,
Khas bagi semua,
BIT









salam.. hmm.. bagus sungguh website nih.. mmg betul ramai rakyat di mlaysia masih tidah tahu tentang it dan mereka masih tidak mempunyai kesedaran tentang betapa pentingnya it.. dengan adanya website seperti ini dapatlah kita semua tahu tentang it dengan lebih mendalam.. thanx bro.. truskan usaha murni ini..
ok le mai ke blog gua sama
terima kasih di atas sokongan anda IS.
Sudi sudi lah singgah lagi.
ade pertndingan??
wahh..sukenye!!
klo da ade nnt, btau ehh
Orait, nanti kalau ada pertandingan, saya akan umumkan.