Featured Posts

Selamat Tahun Baru 2010 Salam sejahtera kepada rakan-rakan buta-it, Apa khabar semua? Buta-it kebelakangan ini agak sibuk dengan beberapa projek. Apa pun, Buta It ingin mengucapkan selamat tahun...

Readmore

Forum Buta-it? Salam rakan-rakan buta-it, Apa khabar? Di sini saya ingin mendapatkan feedback dari anda semua, Perlukah Buta-it.com membuka sebuah forum? Apakah itu Forum? Forum...

Readmore

Mengenal pasti Page Rank website anda Kali ini, buta-it ingin mendedahkan tentang Page Rank website anda. Apakah itu Page Rank? One of Google's methods to measure the importance of a web page according to...

Readmore

Koleksi lagu 1 Malaysia Korang mesti tau lagu-lagu 1 Malaysia kan? Buta-It pon selalu mendengarnya melalui radio,  Buta-it gemar kepada radio Hot.FM. Kali ini, Saya ingin berkongsi koleksi...

Readmore

Panduan Asas Buat Duit Melalui Internet panduan asas buat duit melalui internet E-book panduan asas buat duit melalui internet telah dilancarkan! Anda boleh dapatkannya di: http://buta-it.com/panduan-asas/

Readmore

CCleaner? Apa itu?

Posted by Buta IT | Posted in Komputer, Review Produk, Tutorial | Posted on 11-01-2010

3

Komputer anda perlahan? Disk Space tinggal sikit? tapi tak tahu file apa yang makan banyak disk space?

CCleaner adalah salah satu jawapannya. Apakah dia CCleaner? CCleaner merupakan satu software percuma atau freeware yang bertugas untuk membuang file file lama yang tidak berkaitan atau tidak digunakan lagi. Selain itu, ianya membuang file file seperti cache, cookies yang di download oleh browser internet anda.

Selain dari itu, ia mampu membuang active x, registry yg tidak digunakan lagi serta mempunyai program Uninstall seperti yang terdapat di dalam Control Panel anda.
My rating for this product 4 / 5 stars.

Anda boleh dapatkannya di http://www.ccleaner.com/

6 idea buat duit dengan produk MRR

Posted by Buta IT | Posted in Review Produk | Posted on 10-01-2010

1

6 idea buat duit dengan produk MRR

6 idea buat duit dengan produk MRR

Bagaimana untuk membuat duit dengan produk MRR

E-book ini telah disiapkan oleh salah seorang forumer di wangcyber, beliau memberikan 6 idea untuk membuat duit dengan produk MRR, dengan tanpa rasa tamak, beliau telah memberikan produk ini secara percuma dan selain itu beliau juga telah menyediakan program Pay-Per-Lead dengan berjumlah RM0.50 utk satu lead.

Ebook ini adalah bagus buat mereka yang ingin bermula dengan produk MRR, selain itu anda harus memilikinya untuk rujukan akan datang.

Anda boleh download ebook ini di sini.

Task Manager Kena Block?

Posted by Buta IT | Posted in Komputer, Tutorial | Posted on 10-01-2010

0

Bagaimana untuk membuka task manager

Adakah anda tahu apakah itu task manager?

Cuba anda click CTRL + ALT + DEL sekali sahaja. Sebuah window kecil akan pop-up. Jika anda tekan 2 kali ianya akan me-restart komputer anda.

Bagaimana pula jika anda tekan kekunci di atas tetapi ianya tidak keluar?

2 Kebarangkalian,

  • Komputer anda dijangkiti virus
  • Administrator telah disable / deactivate kemudahan ini.

Untuk point yang kedua ianya bermaksud anda tidak mempunyai masalah apa-apa, tetapi bagi point yang pertama, komputer anda dijangkiti virus dan virus ini yang mendisablekan task manager anda.

Saya akan tunjukkan cara bagaimana untuk membuka task manager anda, tetapi sebelum itu, pastikan anda update antivirus anda dan membuat scan secara menyeluruh terhadap komputer anda.

(bagi pengguna Windows XP sahaja)

  1. Tekan start, pilih run, dan type gpedit.msc

gpedit.msc

gpedit.msc

  • Tekan OK
  • Satu window baru akan dibuka dan dipanggil Group Policy
  • Cari User Configuration (sebelah kiri)
  • Tekan tanda + pada Administrative Templates
  • Tekan tanda + pada System
  • dan tekan pada Folder CTRL + ALT + DEL Options

Group Policy

Group Policy

  • Lihat pada bahagian settings (sebelah kanan)
  • Cari Remove Task Manager dan Double klik padanya

Remove Task Manager Properties

Remove Task Manager Properties

  • Pilih  Not Configured dan tekan OK

Cara Kedua

  • Click Start, pilih Run dan taip regedit
  • Window Registry Editor akan keluar
  • Bukakan folder-folder dengan menekan +
  • HKEY_CURRENT_USER
  • Software
  • Microsoft
  • Windows
  • CurrentVersion
  • Policies
  • System

Registry Editor

Registry Editor

  • Lihat sebelah kanan dan cari DisableTaskMgr
  • Right Click padanya dan tekan Delete

Delete disable Task Mgr

Delete disable Task Mgr

Itu sahaja,

Semasa berada di dalam Registry Editor dan Group Policy pastikan anda tidak menggangu benda-benda lain kerana ianya mungkin akan memudaratkan lagi keadaan komputer anda.

Buat duit di internet dengan klik?

Posted by Buta IT | Posted in Pemasaran Internet, Review Produk | Posted on 08-01-2010

0

Apa khabar?

Saya pasti, mesti ramai orang tahu akan program seperti jutawan klik seangkatan dengannya.

Program-program ini memang saya akui, ianya boleh atau mampu membuahkan hasil tetapi untuk berapa lama? 3 - 4 bulan? mungkin…

kerjanya senang, dapat duit lak tuh, siapa tak nak. betul? Tapi untuk bermula kita perlu keluarkan duit dahulu seperti biasa.

Saya cuma memberi pendapat saya sahaja, jika anda memang mencari program membuat duit secara percuma atau berbayar dan menguntungkan, disini saya akan memperkenalkan satu program lama yang dipanggil PTC atau Paid To Click.

Terdapat beribu-ribu program PTC di internet dan cuma beberapa ratus sahaja yang sememangnya jujur. Dan salah satu program yang sudah bertahun-tahun bertapak di internet ialah Neobux.

Neobux memerlukan anda untuk melihat website-website yang diberikan kepada anda. Setiap website yang anda lihat akan dibayar sebanyak USD0.01 , Sedikit?

Mengapa Neobux menjadi pilihan ramai di dunia internet?

  1. Percuma
  2. $0.01 merupakan salah satu nilai yang paling tinggi di berikan.
  3. DIPERCAYAI SELURUH DUNIA
  4. Anda boleh membuat duit yang banyak sekiranya anda upgrade (Recommended)
  5. Kerja yang mudah, tak sampai 15 minit pon.
  6. Ada caranya, jika anda mahukan Neobux menjadi side income anda dengan purata $30 dalam 10 hari. (tak janji, tapi ianya boleh dilakukan)

Apa yang anda perlukan?

  • Akaun Paypal (Verified)
  • Sekiranya anda mahu upgrade, anda perlukan duit.

Bagaimana untuk membuka akaun Paypal?

  • sila ke http://www.paypal.com
  • Daftar
  • Pilih sahaja akaun Premium
  • Untuk mendapatkan status verified, anda perlukan debit card / Credit Card / VCC (paling mudah) tapi tiada sumber kewangan
  • Setelah memasukkan kad pilihan anda, Paypal akan mengecas anda sebanyak $1.95 dimana ianya akan direfund kembali ke dalam akaun paypal, sebaik sahaja anda memasukkan 4 digit kod yang ada didalam statement kad anda
  • Setelah anda memasukkan 4digit kod itu, refund $1.95 akan diberikan ke dalam akaun paypal anda.
  • Anda sudah verified
  • Jika anda mempunyai masalah, boleh hubungi saya di YM : chibobski84

Daftar di Neobux:

  1. Buka website Neobux
  2. Daftar akaun anda
  3. Mulakan klik anda di bahagian “View Advertisement”

Ingin tahu cara mengembangkan potensi membuat duit melalui neobux?

Daftar melalui link saya dan saya akan bantu anda

Ebook Rahsia Vokal Zarul Umbrella

Posted by Buta IT | Posted in Review Produk | Posted on 07-01-2010

2

Ebook Rahsia Vokal

Ebook Rahsia Vokal

Salam Semua, Apa khabar?

Adakah anda seorang yang gemar menyanyi? Gemar berkaraoke di redbox, k-box, dan mana2 sahaja?

Kali ini saya ingin memperkenalkan sebuah ebook tentang rahsia vokal. Ebook ini ditulis oleh seseorang yang agak terkenal pada waktu dahulu; penyanyi yang dimaksudkan itu ialah Saudara Zarul dari kumpulan Umbrella.

Anda pasti teringat nama kumpulan Umbrella, jika tidak ingat, anda mungkin tahu beberapa lagu dari kumpulan ini seperti:-

  • Maruah
  • Ramalanku benar belaka

Saudara Zarul telah melancarkan sebuah e-book yang bertajuk rahsia vokal, ebook ini memang sesuai kepada semua peringkat umur atau bagi mereka yang ingin belajar teknik teknik mengasah vokal anda.

Sekarang anda tidak perlu lagi malu jika anda ingin berkaraoke lagi! hehe

Kepada mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut sila ke laman web Rahsia vokal

Buat duit tanpa menggunakan duit?

Posted by Buta IT | Posted in Pemasaran Internet | Posted on 06-01-2010

2

Apa khabar anda hari ini?

Buta-it kali ini ingin membawa anda ke topik “Buat duit tanpa menggunakan duit?”

Benarkah ada program sebegini?

Sudah tentu ada, tetapi terpulang kepada program berkenaan. Anda memang boleh membuat duit melalui Internet tanpa menggunakan sebarang duit permulaan.

Contohnya, barangan affiliates, Anda pasti tahu barangan affiliate menawarkan komisyen yang menarik bagi setiap jualan. Cara yang paling mudah sekali untuk mempromosi barangan affiliate ini adalah melalui blog anda atau di forum-forum (tertakluk pada syarat forum, jika pengiklanan memerlukan pembayaran maka anda harus membuat pembayaran).

Jika anda tidak mempunyai blog, saya sarankan supaya anda promosikan melalui forum. Jika anda tidak pernah berforum sebelum ini, anda pasti merasa janggal atau pelik untuk berforum. Beberapa perkara di bawah adalah nasihat atau tatatertib etika yang perlu kita ikuti bagi mendapatkan jualan yang anda mahukan.

  1. Pilih forum pilihan anda
  2. Daftar
  3. Kenalkan diri anda di dalam thread perkenalan (jangan sombong)
  4. Bersosial di dalam forum seperti menjawab atau membuat pertanyaan di dalam thread.
  5. Jika anda ingin bertanya, pastikan anda search dahulu di kotak carian bahawa tiada thread yg sama pernah dibangkitkan. Jika tiada, anda buka thread baru dan buat pertanyaan di bahagian forum yang betul.
  6. Promosikan barangan anda di dalam signature anda.
  7. Cari thread berkenaan dengan Jualan, dan promosi di sana.
  8. Offer mereka sama ada produk digital seperti ebook, software atau pun rebate sebagai bonus kepada pembeli anda.
  9. Sentiasa bersopan dengan bakal pembeli

Ikuti langkah2 di atas, dan saya pasti anda mungkin berjaya membuat satu jualan minimum. (Tak kan pula saya nak menipu dengan berkata anda pasti dapat membuat 100 jualan.)

-Tamat bahagian satu-

Hadiah buat anda sempena tahun 2010

Posted by Buta IT | Posted in Berita BIT | Posted on 02-01-2010

0

Salam Sejahtera,

Saya pasti anda semua sedang berehat menikmati cuti pada hari sabtu dan ahad ini.

Seperti yang dijanjikan, saya akan memberikan sesuatu kepada anda berkenaan dengan Poll Forum Buta-it tempoh hari.

Pada asalnya, saya ingin memberikan sebuah script kedai online, malangnya, script itu tidak dapat diguna pakai, hampa sekali saya. Sebagai pengganti, saya ingin berkongsi dengan anda 2 buah ebook yang mungkin agak lama tetapi mempunyai ilmu yang anda perolehi.

Selamat membaca

Who’s There (right click dan save as)

Viral Marketing (right click dan save as)

Selamat Tahun Baru 2010

Posted by Buta IT | Posted in Berita BIT, Featured Articles | Posted on 01-01-2010

0

Salam sejahtera kepada rakan-rakan buta-it,

Apa khabar semua? Buta-it kebelakangan ini agak sibuk dengan beberapa projek. Apa pun, Buta It ingin mengucapkan selamat tahun baru 2010.

Di sini saya ingin membuat pengumuman,

  1. Poll Forum - Saya dapati ramai yang inginkan saya membuka sebuah forum, dan ianya akan dibina dalam waktu terdekat ini, ada juga komen yang mengatakan bahawa sudah terdapat banyak forum yang serupa dan lebih bagus. Saya akan pastikan forum buta-it akan membawa sedikit kelainan. Sebarang Komen dan cadangan adalah dihargai. (Sila komen di sini)
  2. Hadiah sempena Tahun baru 2010 - Hadiah sudah disediakan cuma masih dalam testing phase lagi, supaya anda semua akan dapat sesuatu yg berharga dan boleh digunakan. (Saya berikan secara percuma sahaja) Berikan saya sedikit masa untuk testing produk ini.
  3. Buta-IT ingin mengembangkan sayap - Kami bukan ingin terbang tetapi sebaliknya ingin mengembangkan nama, servis, produk, website, blog, forum, dan apa-apa sahaja yang dapat membuahkan hasil kepada anda semua.
  4. Visitor luar negara - Sejak beberapa bulan ini, terdapat ramai pelawat dari luar negara masuk ke blog buta-it, saya kurang pasti sama ada mereka adalah orang Malaysia sendiri atau pun orang negara mereka. Apa pun, selamat melawat dan berikan komen anda juga! (Ada google translator - so mereka dapat membaca dengan senang dalam bahasa mereka)

Sekian,

Itu sahaja dari saya, nantikan Produk percuma dari saya. Maaf Lewat sedikit.

Buta-it.com

Forum Buta-it?

Posted by Buta IT | Posted in Berita BIT, Featured Articles, Pemasaran Internet, Tutorial | Posted on 10-12-2009

11

Salam rakan-rakan buta-it,

Apa khabar? Di sini saya ingin mendapatkan feedback dari anda semua,

Perlukah Buta-it.com membuka sebuah forum?

Apakah itu Forum?

Forum merupakan satu laman web perbincangan dan juga perkongsian idea tentang apa apa sahaja perkara mengenai sesuatu topik. Buta-it ingin membuka sebuah forum untuk melancarkan lagi perkongsian idea sesama kita di samping membesarkan lagi produktiviti di laman buta-it.com

Apakah benefitsnya?

Lebih mudah dan fleksibel, perbincangan adalah lebih  dari dua hala dan ianya bukan sahaja dari saya ke anda, malahan anda dapat berhubung juga dengan pengguna lain. Maka perkongsian ilmu berlaku dengan lebih cepat.

Saya mengharapkan jawapan-jawapan dari anda, POLL akan ditutup pada 1 Januari 2010 2009 . Dan anda akan diberikan hadiah Misteri pada 1hb Januari nanti!

Mengenal pasti hosting sesuatu website

Posted by Buta IT | Posted in Tutorial | Posted on 07-12-2009

0

Salam sejahtera semua,

Buta-it kali ini ingin berkongsi tentang bagaimana untuk Mengenal pasti hosting sesuatu website.

Kadang kala, kita ingin tahu hosting apakah yang di gunakan oleh sesetengah website, mengapa? mungkin kerana website mereka lebih laju, uptime 99% atau saja untuk menambah pengetahuan tentang hosting.

Masuk ke URL ini http://www.whoishostingthis.com/

  1. Taipkan nama domain seperti buta-it.com dan tekan search.
  2. anda akan nampak resultnyer seperti begini

buta-it.com is hosted by TM NET SDN BHD Visit TM NET SDN BHD Now

At A Glance: buta-it.com